Bahasa Rakyat
Add
Hutan jauh diulangi hutan dekat dikendana
Harta benda
baik
jauh
atau
dekat
hendaklah selalu
dijaga
supaya
kelak
tidak
merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Setinggi-tinggi melanting jatuhnya ke tanah juga
Walaupun
jauh
merantau akhirnya
balik
ke
kampung halaman
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh jong masuk ke kuala anjing tetap bercawat ekor juga
Tidak
mahu
berubah
walaupun telah
banyak
perubahan
berlaku disekelilingnya;
Orang
yang
tidak
menghiraukan langsung hal disekelilingnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bersumur di tepi rawa
Selalu cemburu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat kecewa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dunia dalam daging
Sesuatu
yang selalu
terasa
tidak
menyenangkan
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sempit bertelimpuh lega berlunjur
Masa
beroleh
pendapatan
yang sedikit hendaklah ditahan
nafsu
dengan
sabar
dan
apabila
lebih
kelak
bolehlah dibuat mengikut
kehendak
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam hitam terbang malam hinggap di pokok pandan bergeresek ada rupa tiada
Kejahatan
yang
susah
dibuktikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalu (lantas lulus) di (pada) akal
Boleh
diterima
akal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kapas di hujung telunjuk
Orang
yang
tidak
dapat melakukan
sesuatu
pekerjaan
atau
menolong
saudara mara
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT