Bahasa Rakyat
Add
Orang menebas (menebus) berpadang senang orang diberi beroleh saja
Sesuatu
yang telah
menjadi
milik
kita
itu
senang
boleh
dibahagikan
betapa
kehendak
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah siasat hulu malang pandai bertenggang hulu baik
Sesuatu
siasatan yang
salah
dijalankan akan menimbulkan
kecelakaan
dan jika pandai
berikhtiar
mendapat
hasil
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mengasah parang timah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melompati pagar tiga hasta; akan dilompati rendah akan dilangkahi tinggi
Serba
tidak
cukup
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alah mahu bertimbang enggan cukil merih akan pembayarnya
Bergaduh
kerana
mungkir
janji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sarang tebuan jangan dijolok
Jangan
sengaja
cari susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang menunggu perigi masakan dahaga
Berdamping dengan
orang
berilmu
masakan
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harimau menunjukkan belangnya (durian menunjukkan pangsanya)
Orang besar
menunjukkan kuasanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau tanduk panjang tiada menanduk pun di kata orang menanduk juga
Orang
yang telah biasa
membuat
sesuatu
kejahatan
jika
orang
lain
buat
sekalipun
dia tetap dituduh
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bermegah-megah akan kesempurnaan barang yang engkau lagi tengah kerjakan itu seperti menikahkan anak yang masih di dalam perut ibunya
Jangan
menentukan
apa
yang
belum
pasti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT