Bahasa Rakyat
Add
Tidak dibawa orang (sehilir semudik) makan sejambar
Disisihkan dari
pergaulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dah sesak padang ke rimba tiada rotan akar pun berguna
Apabila
dalam
kesempitan
barang
yang selalu
dipakai
bolehlah digantikan dengan
barang-barang
hampir
dengannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah lulus maka hendak melantai
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kena tepuk dengan tarinya
Jawapan yang
tidak kena
dengan
sesuatu
soalan
atau
percakapan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lautan yang dalam sudah diselam rata buyung di dapur tak tahu apa isinya
Negeri
yang
jauh
sudah dilawati dan
ambil tahu
tetapi hal rumahtangga sendiri
tidak
diperiksa
bagaimana
keadaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap di bibir sahaja
Tidak
boleh
dipegang ;
Bohong
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau bunga tidak (bukan) sekuntum
Perempuan
bukan
seorang
sahaja
begitu
juga
dengan lelaki;
Jangan
kecewa ditinggalkan
kekasih
kerana ramai lagi penggantinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana bunga dedap sungguh merah ada berbau tidak
Seseorang
yang
elok
dan tampan tetapi
tidak
berbudi
kerana ia tiada
berguna
dalam
pergaulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ajar buaya berenang
Mengajar
orang
yang lebih pandai
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah patah baru hendak melantai
Sudah
susah
baru beringat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
29
30
31
32
33
[34]
35
36
37
38
[c] 2021 Petak Ajaib PLT