Bahasa Rakyat
Add
Seperti keris yang tak payah diasami lagi
Orang
yang sudah bersedia
dalam
sesuatu
pekerjaan
tidak
perlu ditunjuk
ajar
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak ada pendekar yang tidak bulus tak ada juara yang tak kalah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa kurang pada belida sisik ada tulang pun ada
Orang
yang mempunyai
segala-galanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tamu yang tidak diundang
Pencuri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anak dara sudah berlaki
Anak
perempuan yang
tidak
pemalu
serta
pemalas
pengotor
dan
panjang mata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Skim cepat kaya
Skim
simpanan
haram
yang
menjanjikan
untung besar
kepada para
pelabur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kasturi kerana baunya hilang nyawanya
Orang
yang ditimpa
bencana
kerana menunjukkan kelebihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada yang kusut yang tidak selesai
Segala perselisihan dapat didamaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing beranak enam
Sangat kurus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Imam yang adil itu lebih baik dari pada hujan yang lebat; imam yang aniaya itu lebih jahat daripada petir sepanjang hari
Sekalipun
orang besar
itu
mulia
kalau
perbuatannya
jahat
martabatnya akan lebih rendah dari rakyat biasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT