Bahasa Rakyat
Add
Bagai timun dendang di dalam merah di luar pahit
Baik
pada rupa tetapi di
hati busuk
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat telur sesongkok(sesangkat); pecah satu pecah semuanya
Menyatakan
kerukunan;
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama batik lasam (lasum) makin dibasuh bertambah bau
Asal
bangsa
yang
baik
makin
diajar
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si buta dapat kamera
Dapat
barang
berharga
tapi
tidak berdaya
menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
Kerja yang dibuat dengan tekun akhirnya akan
berjaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lidah si bodoh itu menjadi racun bagi dirinya
Orang
yang
bodoh
lebih
baik
diam
daripada
berkata-kata
terutamanya di
hadapan
orang
berakal
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kucing main daun
Kehebatan
hulubalang
atau
pahlawan
menentang musuhnya ketika
bermain
pedang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut tempayan boleh ditutup (mulut manusia bagaimana menutupnya)
Manusia payah menyimpan rahsia yang sudah
bocor.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ayam kena kepala
Tidak
dapat
berbuat
apa-apa
kerana malu ataupun
perkara
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ekor anjing bagaimana pun diurut tidak juga ia betul
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
44
45
46
47
48
[49]
50
51
52
53
[c] 2021 Petak Ajaib PLT