Bahasa Rakyat
Add
Bawa berunding
Membawa
kedua
pihak yang berselisih untuk berunding.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai duduk dekat api
Gelisah
kerana
berdekatan
dengan
orang
yang suka marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kucing bertanduk Belanda bersunat barulah boleh jadi
Perkara
yang
tidak
mungkin
berlaku.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adik beradik seperut
Adik beradik
sama
emak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat pasang berturun naik
1.
Ada
masa senang
ada
susah.
2. Semua
perkara
di
dunia
tidaklah tetap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas sekalipun nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis
Orang
jahat
tidak
akan
berubah
walaupun diberi
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sampah hanyut
Orang
yang
hina
dan
tidak
diperlukan
oleh
masyarakat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berek laga siang malam sekelelapan
Dua
orang
yang
berkelahi
tetapi
sebenarnya
mereka
bersepakat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Teras terunjam gubal melayang (bertinting bertampi teras gubal melayang teras tinggal)
Penduduk
asal
tetap tinggal di negerinya walaupun
orang asing
sudah pergi. ;
Orang
yang mulia
itu
jikalau lebih
sekalipun
kekayaannya kelebihan pada
mulia
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ayam beranak itik
Orang tua
yang mempunyai
anak
berselera
moden
tidak
dapat mengikut
kehendak
anak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT