Bahasa Rakyat
Add
Daun dapat dilayangkan getah jatuh ke perdu juga
Tidak
sama kasih kepada
anak
sendiri dengan
orang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Orang
yang
menasihatkan
orang
lain
supaya
berkelakuan
baik
sedangkan dirinya
tidak
sedemikian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti batang manau seribu kali empat haram tidak patah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kain dalam acar(limbahan) dikutip cuci dia hendak (masuk) ke longkang juga
Perempuan yang biasa
jahat
sukar
hendak
dibuangkan tabiatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Elang disambar punai tanah
Kalah pada
orang
lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tempang gajah berjalan dik (dek)sepotong (sebatang) (sepuntung) duri ditapak kakinya
Sesuatu
bencana
kecil
yang didiamkan
sahaja
boleh
menyebabkan
kesusahan
besar
terutama
bagi
pemerintahan
negara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang kilat dalam kilau
Kepandaian
kebesaran
tidak
kelihatan lagi sesudah
bercampur
dengan
orang
pandai-pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air tawar secawan dituang ke laut takkan dapat menghilangkan masinnya
Pertolongan
yang sedikit
tidak
akan dapat
menyelesaikan
masalah
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang emas boleh (dapat) dibayar hutang budi dibawa mati
Budi yang
baik
akan diingat sampai mati. ; dan
mulia
tidak
dapat dibalas dengan
nilai
emas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lain di galang lain perahu disorong
Berkehendakkan
yang
lain
tetapi dapat
lain;
Berlainan
perbuatan
daripada
tujuannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
43
44
45
46
47
[48]
49
50
51
52
[c] 2021 Petak Ajaib PLT