Bahasa Rakyat

memakai selampai (tetampan dll) di bahu, menyebai dll bahu: hulubalang delapan kiri, kanan masing-masing ~ selendang kain kuning; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
1. memanggil orang berkumpul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera dll) menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya berkhidmat dlm di seberang laut; 2. (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): tenaga rakyat menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Pihak berkuasa telah mengerahkan Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF) ke daerah yang terbabit untuk melakukan kerja bantuan dan penyelamatan banjir. [bit.ly]
menjadikan (menyebabkan) bertembung, mempertemukan, mempersuakan: di sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertembungkan melalui para doktor pawang bagi mengubatinya; perdagangan yg ~ mereka dgn banyak bangsa; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Jangan lupa… MN juga adalah sebuah nama dan piagam yang menggetarkan hati syaitan. [harakahdaily.net]
1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang [Kamus Dewan Edisi Keempat]
ark 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya surat khabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng telah dilipat oleh polis; 3. melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ menggelapkan wang; 4. menjual sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga import membumbung dua tiga; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Dalam menghadapi wabak COVID-19, daya tahan kewangan pengguna perlu diperkasakan dengan melipat gandakan amalan tabungan yang lebih komprehensif. [harakahdaily.net]
memakaikan barut, membalut (membebat) dgn barut: ~ perut anaknya; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT