Bahasa Rakyat
Add
Jikalau tiada rial di pinggang saudara yang rapat menjadi renggang
Jika kita sudah
jatuh
miskin
orang
pun bencilah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baik jadi ayam betina supaya selamat
Usah kita menunjukkan
keberanian
dan
kesombongan
kerana hal
itu
kelak
akan
mendatangkan
mudarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimanakah ada asap tetapi tidak berapi?
Jika
sesuatu
itu
terjadi
bagaimana
orang
boleh
mengetahuinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana batang manau seribu kali empat haram tak putus
Sangat kuat dan teguh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang bini-binian (anak) beranak tak boleh disuruh (berpindah-pindah tanaman dapat tak dirasa
Ayah yang
banyak
isteri
itu
kurang
mendapat
perhatian
daripada
anak-anaknya;
Pekerjaan
tidak
teguh dan tetap
menambahkan
rugi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah terdorong kerana kuatnya
Percakapan yang
terdorong
daripada
kekuasaannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Matahari bolehkah ditutup dengan nyiru?
Sesuatu
kebenaran
yang
nyata
dapatkah dilindungkan
atau
disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tebu airnya dimakan (ditelan) hampasnya dibuang
Tutur kata yang
hendak
dipilih:
baik
diambil dan buruk diketepikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lebih baik seekor singa di padang yang luas daripada seekor ular di dalam rumput
Lebih
baik
berhadap dengan
seteru
besar
di tengah terang
daripada
kecil
tetapi bersembunyi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gadis dilarik
Keelokkan rupa yang
bersih
dan licin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
39
40
41
42
43
[44]
45
46
47
48
[c] 2021 Petak Ajaib PLT