Bahasa Rakyat
Add
Tuah rumah bertunggu tuah kampung berbela
Pepatah
yang menunjukkan
seri
rumah dan
kecantikan
kampung halaman
kita mestilah
dijaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke gunung emas pasir baiduri ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari ke tasik juga akhir dicari
Walau
berapa
jauh
pun dagang merantau
ke
negeri orang
akhirnya
baik
rumah sendiri
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah romping belalai
Raja yang
tidak
ada kuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minta darah pada tulang
Minta
bantuan
daripada
orang
yang
tidak
mampu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah mati meninggalkan tulang; harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati
meninggalkan nama
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telaga kering hilanglah timba
Negeri
yang telah
hilang
kemakmurannya ditinggalkan
oleh
pedagang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Manusia mati meninggalkan nama harimau mati meninggalkan belang
Orang
yang
baik
meninggalkan nama
orang
jahat
buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang tiap helai bulu
Orang
yang sangat
banyak
berhutang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Zikir-zikir sahaja jatuhkah rezeki dari langit
Rezeki
tidak
jatuh
bergolek.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Utang samir belum langsai (selesai) utang kajang dating (tumbuh) pula
Kesusahan
atau
kerugian sedikit
belum
lagi selesai
datang
pulang
kasusahan yang baru;
Hutang
lama dibayar
orang
sudah pula
menagih
hutang
baru.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT