Bahasa Rakyat
Add
Selemau-lemau puntung di dapur ditiup bernyala juga
Semua
pekerjaan
akan
berjaya
jika diusahakan dengan rajin dan tabah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiap gila tiap berkongkong tiap mandi tiap bergosok
Sebagai
orang
berperkara tiap-tiap
perkara
dimajukan tiap kali dibayar
wang adat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai puyu di air jernih
Hidup
yang senang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati-mati berminyak biar licin; mati-mati mandi bair basah; mati-mati berdakwat biar hitam
Buat
kerja biar sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai dedalu api hinggap ke pohon kayu
Orang
jahat
ke
mana pergi akan
menyusahkan
orang
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gadai badan (bodi) (cinta)
Menyerahkan tubuh
kepada lelaki
demi
cinta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kain lama dicampak buang kain baru pula dicari
Isteri lama diceraikan kerana
jemu
kemudian
berkahwin baru pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keris pedang (lembing) tiada tajam lebih tajam mulut manusia
Mulut manusia
boleh
membinasakan
diri
atau
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Balus dan balu
Tidak
beranak
dan
tidak
bersuami.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai cendawan lepas hujan
Terlalu
banyak
dalam
satu
masa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT