Bahasa Rakyat
Add
Sembahyang yang tunggang-tunggik tetapi hati busuk
Munafik. ;
Nampak
baik
tetapi hatinya
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang tiap helai bulu
Orang
yang sangat
banyak
berhutang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angus tiada berapi karam tiada berair
Menderita
kerana ditinggalkan
kekasih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kucing jatuh anak
Orang
yang
keluh kesah
kerana
mendapat
kesusahan
atau
ditimpa
oleh
kemalangan
ke atas
dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau getah meleleh kalau daun melayang
Lebih sayang pada
anak
sendiri dari
saudara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah tempang jangan dipimpin; kut (takut) mati dihempap di tubuhnya
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis hulubalang bersiak
Tidak
segan-segan
melakukan
apa
jua
untuk
menyampaikan
maksudnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tohok tunggang ke baruh (bawah)
Mudah
menganiaya
orang bawahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berlindung di balik telunjuk; Berlindung di balik lalang sehelai
Hendak
menyembunyikan
sesuatu
yang sedia diketahui
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak bujang setahun sudah bertetak; bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak
Orang
yang
hina
mendapat
kekayaan
dan kemulian
menjadi
sombong
angkuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT