Bahasa Rakyat
Add
Putus gayung di belebas (putus kata di pangkalnya)
Sesuatu
hal yang diputuskan dilihat pada asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kumbang menyeri bunga: kumbang pun terbang bunga pun layu
Lelaki yang suka
mempermainkan
gadis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muka(nya) ditampal dengan kulit babi
Mendapat malu
besar
hingga
tidak
mahu
melihat muka
orang
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mencari belalang atas akar
Kerja yang
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kera di beri (dapat) bunga
Sia-sia memberi
sesuatu
benda
kepada
orang
yang
tidak
tahu menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguh diuja dipegang ekor.
Kebebasan
yang
terbatas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air pasang batu bersebak
Perselisihan yang
besar
akan
mencerai-beraikan
orang
bersahabat
atau
bersaudara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takutkan mayat terpeluk bangkai
Takut
rugi
atau
susah
sedikit jadi
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telinga rabit di pasang subang (kaki untut di pakaian gelang jari kudung dimasukkan cincin)
Sesuatu
hal yang
tidak
layak
asal
mengambil
ada
sahaja
jadilah
akhirnya ditertawakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bergantung kepada (di) rambut sehelai
Sentiasa
di
dalam
kecemasan
dan
keluh kesah
sebab
harapan yang
tidak
kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
29
30
31
32
33
[34]
35
36
37
38
[c] 2021 Petak Ajaib PLT