Bahasa Rakyat
Add
Bagaimana hendak mengelakkan tikam lagi
Tidak
dapat lari dari
orang
yang berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang takutkan harimau kerana kuku dan taringnya
Takut
kepada raja
atau
orang besar
kerana kuasanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana lembu dogol tidak boleh ditanduk hanya disondol (mengesel)
Orang
yang
hanya
suka mengertak tetapi
tidak
merbahaya;
Melawan dengan seberapa kuasa
dalam
pertarungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang yang kamu gemari itulah menjadi senjata seteru kamu
Musuh kita tahu kelemahan terletak pada
apa
yang
sukai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti orang menuangkan secawan air tawar ke dalam laut
Memberi
pertolongan
kepada
orang
yang
sekali-kali
tidak
perlu ditolong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jalan mati lagi dicuba inikan pula jalan binasa
Orang
yang berani
itu
tidak
membilang
lawan
atau
memilih
perbuatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kebenaran di hujung lidah
Tidak
ada
keadilan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecil hutang diansur habis hutang dibayar
Tiap-tiap
sesuatu
pekerjaan
itu
jika
berat
sekalipun
apabila
selalu diansur-ansur mengerjakannya
nescaya
makin
menjadi
kurang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nan dimaksud sampai nan diamal(kan) pecah
Sudah berlaku
apa-apa
dimaksudkan
atau
dicita-citakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkena pada ikan bersorak terkena pada batang masam
Kalau
beruntung sukalah tetapi
kalau
rugi
susah hati
dan
berubah
fikirannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
29
30
31
32
33
[34]
35
36
37
38
[c] 2021 Petak Ajaib PLT