Bahasa Rakyat
Add
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya
Orang besar
tidak
banyak
hendak
menghinakan dirinya dengan
perbuatan
hina
yang merendahkan tarafnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kapak terjatuh di situ baji makan
Di mana
perkara
atau
kecederaan
tumbuh disitu pula dihukum diselesaikan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Daya penarik
Kekuatan yang
menyebabkan
perhatian
orang
bertumpu
kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jatuhkan air muka
Beri malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak meluruskan ekor anjing
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang. ;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa digaduhkan pengayuh sama di tangan perahu sama di air
1.
Tidak
usah
takut
berlawan kerana sama-sama mempunyai
kekuatan. 2.
Sudah sedia segala keperluan untuk
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Suami pulang kelaparan dagang lalu ditanakkan anak diriba diletakkan kera di hutan disusui
Mengutamakan urusan
orang
lain
daripada
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kebenaran di hujung lidah
Tidak
ada
keadilan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diserakkan padi awak dihimbaukan orang lain
Orang
lain
dipelihara
bangsa
sendiri disia-siakan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit bukan seekor jagung bukan sebatang
Jawapan
seseorang
untuk
mengelakkan
diri dari
tuduhan
bahawa dia bersalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
28
29
30
31
32
[33]
34
35
36
37
[c] 2021 Petak Ajaib PLT