Bahasa Rakyat
Add
Hitam mata itu di manakan boleh cerai dengan putihnya?
Dua
orang
yang berkasihan
itu
tidak
dapat dipisahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itik berenang di air kehausan; ayam di kepuk padi kelaparan
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksan ikan dengan keronco
Ramainya
orang sakit
kerana wabak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Wang kopi (teh; jerih; sirih)
Wang yang dibayar kepada
pemilik
rumah sewanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakapan sejengkal dibawa sehasta
Berita
yang sedikit telah
dibesar-besarkan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cencang air takkan putus; pancung abu tak berbekas
1.
Hubungan
keluarga
tidak
dapat diputuskan. 2. Perselisihan
saudara
akan lama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kota (koto) piliang dia bukan Bodi Chaniago dia entah
Orang
yang
tidak
ada
pendirian;
tentu
asal
usulnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kayu ditetak tak makan dijual tak laku
Pengetahuan yang
kurang
sia-sia
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai makan tak pandai simpan
Pandai
membuat
perkara
yang
jahat
tetapi
tidak
pandai
merahsiakan
daripada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air tembaga diasah
Tanda muafakat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
27
28
29
30
31
[32]
33
34
35
36
[c] 2021 Petak Ajaib PLT