Bahasa Rakyat
Add
Seperti membuka pekung di dada
Orang
yang
menceritakan
keburukan
keluarganya
atau
saudara
maranya akhirnya dia sendiri
mendapat malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ketak ayam mandul
Orang
yang selalu
berkata
hendak
membuat
itu
dan ini tetapi
tidak
menjadi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tabut keling di luar kilat di dalam berongga
Orang
yang kelihatan
baik
pada zahirnya tetapi
dalam
hatinya
jahat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ubun-ubun masih bergerak sudah angkuh.
Belum
cukup umur
tetapi sudah
hendak
beristeri dan melawan
orang tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bereda di bawah betung
Bantuan
yang
tidak
cukup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ular lidah bercabang
Orang
yang
tidak
teguh
janji;
Kata-kata
boleh
dipercayai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cikil berhabis lapuk berteduh
Orang
yang sangat kikir; tetapi hartanya
habis
dengan sia-sia
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muncung penuh dengan air perut berisi batu
Umpama hakim tiada dapat
menyatakan
apa
yang
terasa
dalam
hatinya kerana telah
berhutang budi
atau
makan
suap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Beras terdorong ke tiku
1.
Barang
mesti dijual
biarpun
berapa
harganya kerana kos mengangkutnya kembali tinggi. 2. gadis yang
tidak
dapat memilih jodohnya sudah lanjut usianya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hulu mujur pandai bertenggeng hulu naik baik pandai memakai
Orang
yang
pandai hidup
dan
membawa diri
dalam
pergaulan
hingga
dia selamat
aman
serta dikasihi
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
27
28
29
30
31
[32]
33
34
35
36
[c] 2021 Petak Ajaib PLT