Bahasa Rakyat
Add
Kena-kena seperti santan bergula tak kena-kena bagai antan pukul kepala
Kalau
betul
jadi
baik
kalau
salah
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah lalu dibeli; kusa (kosa) tiada terbeli
Mengerjakan
sesuatu
yang
mustahak
tetapi melupakan perkara-perkara
kecil
tidak
kurang
pentingnya untuk
menjayakan
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau kucing tidak bermisai takkan ditakuti tikus lagi
Orang besar
yang telah dipecat dari jabatannya
tidak
disegani
orang
lagi
takut
kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuat ketam kerana sepit
Tiap
seseorang
ada
sedikit
sebanyak
kuasanya; Berkuasa kerana
sesuatu
kelebihan padanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak badak dihambat-hambat.
Sengaja mencari
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cabik baju di dada
Membuka
rahsia keluarga sendiri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada kusut yang tak selesai tak ada keruh yang tak jernih
Orang
yang berselisih hendaklah diperdamaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah tujuh duduk menjanda sembilan beranak tiri tercecah uban digigi
Ejekan
kepada
orang
yang terlalu tua tetapi mau beristeri
atau
bersuami
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti cicak makan kapur
1.
Mendapat malu
kerana kesalahan
sendiri. 2.
Bersenang
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berketak ayam di darat bersenyap-senyap mutiara di laut
Orang
bodoh
suka menunjukkan
apa
yang dibuatnya
orang
pandai
bijaksana
diam-diam
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
26
27
28
29
30
[31]
32
33
34
35
[c] 2021 Petak Ajaib PLT