Bahasa Rakyat
Add
Ke atas tidak berpucuk ke bawah tidak berurat di tengah-tengah digerek kumbang
Sumpah jika
seseorang
bersalah biarlah dia dan kaumnya binasa semuanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah dapat gading bertuah terbuang tanduk kerbau mati
Sudah
mendapat
barang
yang baru lama dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuman di seberang lautan nampak gajah bertenggek di kelopak mata tidak nampak
Orang
yang suka menegur kesalahan
orang
lain
tetapi
ada
lebih
besar
daripada
itu
tidak
disedarinya;
Cela
nampak
cela
sendiri tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisau raut bongkok orang boleh dibetulkan bongkok sendiri tak boleh betul
Orang
yang
boleh
menolong
kesusahan
orang
lain
tetapi kesusahannya sendiri
berkehendakkan
pertolongan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepapaan itu pencanai akal dan kekayaan itu pennumpulnya.
Kalau
susah
rajin
berfikir
bila
kaya
malas
belajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mahal dibeli sukar dicari (dijual)
Benda
yang sukar didapati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidur tak lena mandi tak basah
Bersusah
hati
kerana terlalu
memikirkan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada lurah di sebalik bukit
Tipu
muslihat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menempuh baik ditempuh istimewa lagi durian tak apa-apa mentimun jua yang binasa
Orang
yang lemah melawan
orang
kuat
juga
akan binasa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Utang emas dapat dibayar utang budi di bawa mati
Budi
bahasa
tidak
dapat di balas dengan wang ia akan jadi
hutang
seumur hidup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
26
27
28
29
30
[31]
32
33
34
35
[c] 2021 Petak Ajaib PLT