Bahasa Rakyat
Add
Takkan sama getah daun dengan getah batang
Kasih sayang
terhadap
anak
sendiri
tidak
akan sama dengan
saudara
yang
ada
dalam jagaan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada patah yang tidak timpang (tempang)
Tiap-tiap
keburukan
akan meninggalkan bekas yang
tidak
baik.
; Walaupun telah
berdamai
tetapi masih
belum
baik
juga
pada batinnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menambah gelang bini
Pemberiaan yang
tidak
kelihatan kerana
orang
diberi
itu
telah mempunyai
benda
berkaitan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nan jauh tiada terjelang nan dekat tak tertandangi
Keluarga yang
jauh
tidak
dikunjungi
dekat
terlihat-lihat lagi
sebab
badan
telah tua
atau
kerana
banyak
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak masak langsung hangus
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bayang-bayang sepanjang badan
Buat
kerja mengikut
kemampuan
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nang hidup nak berbelanja nan mati nak berkerajat
Inilah adat
atau
peraturan
yang
tertentu
bagi
seseorang
hidup
di
dalam
dunia
ini.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah berak besar; (pelanduk) kancilpun hendak berak besar; (akhirnya mati kebebangan)
Orang
miskin
yang
ingin
meniru
kehidupan
orang
kaya;
akhirnya akan
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mumbang ditebuk tupai
Gadis
kecil
tapi
bukan
perawan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana lalang habis di situ api padam
Di mana mati
di situ
dikuburkan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT