Bahasa Rakyat
Add
Langit akan disigai tebat akan disiar
Perbuatan
yang sia-sia
sekali
tidak
sedikitpun akan
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bahawa hulubalang yang besar perkasa itu mendahuluilah is menaklukan dadanya
Walaupun
pahlawan
kalau
tidak
dapat menahan
nafsu
dia tetap
seorang
yang lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Enggan seribu daya; mahu sepatah kata
Apabila
seseorang
itu
memang
tidak
sukakan
sesuatu;
biasanya
banyaklah
helah
dan dalihnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana ada kemahuan disitu ada jalan
Kalau
ada
cita-cita
tentulah da
sahaja
usaha
supaya
berjaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar jika tidak kerana bunga kembang di taman
Lelaki akan berulang
alik
di
tempat
ada
perempuan cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepatah perkataan memadailah kepada orang bijaksana
Orang
yang
bijak
itu
segera
faham
perkataan
sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malang tak dapat ditolak mujur tak dapat diraih
Jika sudah takdir
tidak
dapat
berbuat
apa-apa
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diunjuk diberikan pepat diluar rencung di dalam
Orang
yang
memberikan
sesuatu
barang
dengan
tidak
ikhlas
dalam
hatinya
berdendam
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis umpan ikan pun tidak dapat
Telah
banyak
modal
dikeluarkan untuk
mendapat
untung
yang tetapi rugi
juga
dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan kamu berpelajaran nescaya samalah kamu dengan seekor kuda yang bertali kekangnya
Ilmu
akan memandu
hidup
ke
arah
baik
atau
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT