Bahasa Rakyat
Add
Siapa yang menjala siapa terjun
Siapa yang
ingin
dialah mesti
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan di luar berak di dalam
Memburuk-burukkan
orang
tempat
kita
bergantung
hidup;
Mengkhianati
mencari makan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau sesangkar sekali pun yang bayan itu bayan juga serindit serindit juga
Tidak
serupa walau
satu
keturunan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang campak bunga takkan kita campak tahi
Jika
orang
berbuat baik
kepada kita
masakan
membalasnya dengan
kejahatan
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih tulang di kandung tanah budi (yang) baik terkenang juga
Budi
bahasa
tetap diingat
orang
walaupun sudah mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau panjang beri ruas; kalau pendek beri berbuku
Tentukan aturan-aturan
sesuatu
pekerjaan
atau
rundingan supaya
jangan
kacau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Membilang kepada bini beranak tidak boleh disuruh
Suka
kahwin
cerai
ada
anak
tapi tak dapat faedahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pengayuh sudah di tangan perahu sudah di air
1.
Tidak
usah
takut
berlawan kerana sama-sama mempunyai
kekuatan. 2.
Sudah sedia segala keperluan untuk
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang habis besi tak kimpal
Kerja yang sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itik hendak diajar berenang
Sia-sia mengajar
orang
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
22
23
24
25
26
[27]
28
29
30
31
[c] 2021 Petak Ajaib PLT