Bahasa Rakyat
Add
Hendak singa di tengah padang lagi daripada ular dalam rumput
Lebih
baik
berhadap dengan
seteru
besar
di tengah terang
daripada
kecil
tetapi bersembunyi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah berak besar; (pelanduk) kancilpun hendak berak besar; (akhirnya mati kebebangan)
Orang
miskin
yang
ingin
meniru
kehidupan
orang
kaya;
akhirnya akan
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baharu belajar duduk lepang (mentimun) sudah hendak memanjat sialang
Orang
yang baru
belajar
tetapi sudah
berlagak
tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang penggamang mati jatuh orang yang pending mati hanyut
Bersahabat
dengan yang
berilmu
takkan
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alang-alang mandi biar basah
Kalau
mengerjakan
sesuatu
janganlah
sekerat jalan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Silap cakap kena radak hilang jiwa percuma sahaja bercakap memandang-mandang
Perkara
rahsia haruslah dituturkan berpilih tempatnya
jangan
sampai
menyusahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa berani menggali lubang dialah yang terperosok ke dalamnya
Orang
yang suka
menjatuhkan
orang
lain
dialah akan
mendapat
bencana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Janggut pulang ke dagu
Kena pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan kamu sangka kapal api besi itu pun masuk guri juga
Jangan
kita sangka bahawa
sesuatu
yang teguh
itu
tidah binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
22
23
24
25
26
[27]
28
29
30
31
[c] 2021 Petak Ajaib PLT