Bahasa Rakyat
Add
Bagai mencari kutu di dalam ijuk
Susah
hendak
bertemu dengan
orang
yang
tidak
tetap
tempat
duduknya; Masalah
susah
difikirkan; Kerja sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana buah masak belum dihenggut perdu luruh sendiri
Tiap-tiap
barang
yang telah tua dengan sedikit
berkuat
rosaklah ia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ternanti-nanti bagai berlakikan raja
Menantikan
pertolongan
daripada
orang
yang
banyak
kerja tentulah
lambat. ;
Seseorang
berhajat
kepada
tidak
berkehendakkan
ia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti embacang buruk kulit di luar buruk di dalam manis
Orang
yang kaku bergaul tetapi hatinya tulus
ikhlas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tepat minta disipikan kalau sipi minta dilepaskan
Dimanjakan sedikit terus
bermaharaja lela;
Sekali
ditunaikan
permintaan
setiap kali diminta lagi; Sesudah diberi
lalu
minta
lagi lebih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembu kasi galak sahaja tak melawan
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Johari juga yang mengenal manikam
Orang
yang
bijaksana
juga
mengetahui
keelokan
ilmu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disangkakan kapal besi tak masuk guri (limbungan)
Tidak
boleh
disangkakan
sesuatu
yang teguh
itu
tidak
binasa tetapi
ada
juga
masanya
menjadi
rosak dengan mudahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sekepal di gunungkan setitik di lautkan
Sangat dihargai dan disanjung tinggi
suatu
pemberian
atau
petunjuk
nasihat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pesan berturuti petaruh berbunyikan (petaruh di malami) (berserah berkehendak)
Mempercayai
seseorang
tetapi
tidak
dengan sepenuhnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT