Bahasa Rakyat
Add
Jangan digerakkan ular yang tidur
Jangan
mencari
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seorang kaya yang tamak itu seumpama lautan yang merasa dahaga pula
Orang
kaya
yang tamak selalu berasa dirinya
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat dagang tahan tawar
Peniaga
tidak
boleh
marah
bila
pembeli tawar
menawar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dicampak bunga tak akan dibalas dengan tahi
Budi yang
baik
tak kan dibalas
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tidak dipecahkan ruyung dimanakan dapat sagunya
Kita mestilah
berusaha
kalau
mahukan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Larang kambing beranakkan harimau
Jarang
terjadi
anak
orang
penakut
menjadi
gagah
berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak tahu jahat orang (teman) tanyakan seteru. Nak tahu baik orang (teman) tanyakan sahabat
Kalau
hendak
mengetahui
jahat
kelakuan
seseorang
tanyalah kepada
orang
yang membencinya dan
bertanyakan
baik
tanyakan sahabatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akan dijadikan tabuh singkat; akan dijadikan gendang berlebih
Serba
tidak
cukup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masakan emas mahu bercampur dengan tembaga
Orang mulia
tidak
mahu
berkawan
dengan
orang
hina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak dibawa orang (sehilir semudik) makan sejambar
Disisihkan dari
pergaulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
19
20
21
22
23
[24]
25
26
27
28
[c] 2021 Petak Ajaib PLT