Bahasa Rakyat
Add
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut(-pulut)
Orang
yang berani
takkan
jadi
penakut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Leher bagai gading ditarik
Leher perempuan yang cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Condong ditumpil; lemah dianduh
Orang
yang di
dalam
kesusahan
diberikan
pertolongan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak patah banting terambau
Malang
yang
datang
lepas
satu satu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan burung terbang dikejar (penyu di pantai dikejar)
Yang
dekat
dan tentu dapat ditinggalkan; yang
jauh
serta payah mendapatnya dikejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rancak dilebuh
Suka berpakaian cantik tapi malas
bekerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rancak dilebuh
Suka berpakaian bagus-bagus tetapi malas
bekerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi berdetus
Nasi
separuh masak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batu bersurat
Batu
yang berpahat dengan
tulisan
kuno.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berketak ayam di darat bersenyap-senyap mutiara di laut
Orang
bodoh
suka menunjukkan
apa
yang dibuatnya
orang
pandai
bijaksana
diam-diam
sahaja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
18
19
20
21
22
[23]
24
25
26
27
[c] 2021 Petak Ajaib PLT