Bahasa Rakyat
Add
Kita di pangkal merawal dia di hujung merawal
Tanggungan kita
lebih berat
dari tanggungannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gunung yang tinggi akan runtuh; (jika setiap hari digali) jika digali setiap hari
Harta
yang
banyak
sekalipun
akan
habis;
jika selalu digunakan tanpa ditambah-tambah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyawa ber(ter)gantung di hujung kuku
Dalam
keadaan yang
sulit;
amat
berbahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah bertongkat tempurung tak terangkat kelopak (pelupuk) matanya lagi
Orang
bongkok
kerana sangat tua dan lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kodok dapat bunga sekuntum
Orang
bodoh
walaupun diajar tetap
tidak
tahu;
Tidak
tahu
menghargai
sesuatu
yang
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasang pernama (purnama)
Air pasang
pada waktu
bulan
purnama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana batang terguling di situ cendawan tumbuh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana batang terguling di situ cendawan tumbuh
Di mana
perkara
berlaku
di situ
pula diselesaikan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai pimping di lereng bukit
Tidak
tetap
pendirian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Warta dibawa pikat dan langau
Khabar angin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
18
19
20
21
22
[23]
24
25
26
27
[c] 2021 Petak Ajaib PLT