Bahasa Rakyat
Add
Kalah jadi abu menang jadi arang
Dalam
sesuatu
pergaduhan
kalah
atau
menang sama
saja
iaitu
kedua-dua pihak rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika terjamah benda bertuan alamat nyawa akan melayang
Kalau
mengganggu
rumah tangga
orang
padah
akibatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belakang parang pun kalau diasah akan tajam jua
Betapapun bodohnya
seseorang
kalau
rajin mengajarnya akan pandai
jua
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ingat yang di atas; yang di bawah akan menimpa
Orang
besar-besar
atau
berkuasa
ingat-ingat
dalam
menjalankan kewajipan;
jangan
sampai
orang di bawah
menyusahkan
mendatangkan
kecelakaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai orang kena miang
Gelisah
kerana malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajuk pada yang kasih kalau hendak berbesar hati biarlah kepada orang
Kena pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak seorang menantu mualim
Sangat berbahagia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awak kecil makan hendak banyak sayap singkat terbang hendak tinggi
Menginginkan
sesuatu
yang
tidak
sepadan
dengan
kesanggupan
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kayu dikatakan batu dan (langit hendak dicapai dengan tangan)
Orang
yang
kurang
siuman..
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan kamu berilmu dalam pekerjaan kamu itu nescaya menyerupailah kamu seorang hulubalang yang tiada berpedang
Setiap kerja memerlukan
kemahiran
dan pengetahuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
17
18
19
20
21
[22]
23
24
25
26
[c] 2021 Petak Ajaib PLT