Bahasa Rakyat
Add
Kuman menjadi barah (pekung)
Perkara kecil
yang
menjadi
besar
kerana diabaikan dan
tidak
diselesaikan
segera.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalis bagai air di daun keladi
Tidak
meninggalkan
kesan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalis bagai air di daun keladi
Tidak
memberi
kesan
sebarang
kesan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tua-tua tupai tak tidur di atas tanah
Sudah tua tapi tetap
periang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kapur di hujung telunjuk
Orang
yang
tidak
dapat melakukan
sesuatu
pekerjaan
dan menolong
saudara mara
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih di luar kuning di dalam
Orang
yang kelihatan
baik
pada lahirnya tetapi di
dalam
hatinya
jahat mulut
manis
hati busuk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai disuruh minum air bercacing
Orang
yang
enggan
melakukan
pekerjaan
walaupun didesak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih seperti kapas dibusar
Benda
atau
warna
kulit
orang
yang
amat
putih dan
bersih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pinang tua merah seekor (ekornya)
Perempuan yang
sudah berumur
tetapi kelakuannya suka
bersolek
seperti perempuan
muda
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT