Bahasa Rakyat
Add
Geletek-geletek seperti udang dalam tangguk
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti berebut(an) kelongkong kelapa
Pergaduhan
kerana merebutkan
makanan
yang sedikit
atau
pun
perkara
kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terduduk dalam duri bersandar ditiang rengas
Hidup
yang
serba salah
kerana
menghadapi
bencana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti cupak pesok
Orang
yang suka
bercakap
mengikut
kehendak
hatinya tanpa
memikirkan
akibatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Empat asal lima genap; dikendur berdenting-denting; ditegang berjela-jela
Adat
orang
yang
bijaksana;
bertutur
dengan
bertamsil;
berperangai jika dikerasi akan lembut lah ia; kita berlembut; keraslah ia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti penjaja (penjajap) berpaling hendak hilir
Perempuan yang keluar dari rumah dan
berjalan
dengan lakunya
hebat
tampan pada pemandangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti keli kena ketuk
Bersungut yang
tidak
tentu
buah
butirnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke bukit berguling air ke lurah beranak sungai
Menunjukkan batas
sebuah
negeri
dengan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kuda kencing di papan
Percakapan yang
tidak berkesudahan
serta
berperaturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rumah gedang bersendi perak
Orang bangsawan
dan
kaya
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
13
14
15
16
17
[18]
19
20
21
22
[c] 2021 Petak Ajaib PLT