Bahasa Rakyat
Add
Ayam bertuah tidak disambar helang
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang mandi berselam awak mandi bertimba
Orang
mendapat
keuntungan yang
besar
awak
kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ulam dengan sambal
Perhubungan
antara
lelaki dan perempuan yang sama-sama
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tong yang kosonglah selalu berkocak
Orang
yang
kurang
berpengetahuan
selalu
bercakap besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Licin kerana(ber)minyak berminta (elok kerana kain berselang)
Sindiran
untuk merandahkan
seseorang
yang angkuh
atau
sombong
kerana
harta
barang
dipinjam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
1. Sama-sama
menanggung
susah
dan
senang. 2.
Orang
yang
bermuafakat
dalam
semua
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi tak dingin pinggan tak retak (engkau tak hingin aku tak hendak)
Sama-sama
tidak
suka sama-sama merajuk;
Orang
yang
cermat
dalam
melakukan
sesuatu
pekerjaan
sungguhpun
banyak
kerjanya tetapi jarang rosak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berkemudi di bontot
Orang
perempuan perintah lelaki.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti birah dengan keladi
Serupa
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Habis hulubalang bersiak
Tidak
segan-segan
melakukan
apa
jua
untuk
menyampaikan
maksudnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT