Bahasa Rakyat
Add
Jika hendak melempar anjing tidak kurang batu dijalan
Jika
hendak
memburukkan
atau
memfitnahi
orang
ada
sahaja
jalannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tegak pada yang datar
Berpegang
pada
kebenaran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ela bercerai dengan benang
Perpisahan yang
tidak
akan bertemu lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh bintang bertabur (an) (berterabur) bolehkah sama dengan bulan yang satu?
Apa sahaja
yang menarik
hati
kita akan diingati sampai
bila-bila;
Kekasih
pertama
lebih
baik
daripada
lain-lain
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit jantan tidak bersarang
Anak
lelaki
tidak
perlu dibuatkan rumah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang jauh berpanggilan; yang dekat berimbauan
Yang
jauh
diundang dengan surat; yang
dekat
dijemput mulut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bermalam di bawah nyiur pinang orang kata orang diturut
Ikut
adat
tempat
di mana kita berada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki; tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni
Tidak
ada
usaha
yang
tidak
berhasil
asal
dikerjakan dengan
hati
tetap dan
kemahuan
keras.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang mandi berselam awak mandi bertimba
Orang
mendapat
keuntungan yang
besar
awak
kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar awak masih juga dikubangan
Mengharapkan
sesuatu
yang
tidak
mungkin
tercapai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
11
12
13
14
15
[16]
17
18
19
20
[c] 2021 Petak Ajaib PLT