Bahasa Rakyat
Add
Lagi terang lagi bersuluh
Sesuatu
perkara
yang telah terang
atau
nyata
diterangkan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bayang-bayang sepanjang badan
Buat
kerja mengikut
kemampuan
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedangkan pucuk lagi tak merah konon pula selaranya
Sedang dia lagi
kaya
tidak
menderma untuk
amal
umpamanya
apalagi
sekarang berwang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana cembul dengan tutupnya
Sesuai
sekali
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti batang manau seribu kali empat haram tidak patah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disesar gunung berlari hilang kabut nampaklah ia
Sesuatu
perkara
atau
pekerjaan
yang telah tentu
itu
janganlah digaduhkan sangat hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Larang kambing beranakkan harimau
Jarang
terjadi
anak
orang
penakut
menjadi
gagah
berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum berbayar harga atap sudah datang harga samir
Melakukan kerja
tidak
ikut
aturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Orang
yang melakukan
kejahatan
dengan kehendaknya sendiri
atau
kerana
memang
begitu
tabiatnya
bukan
sebab
suruhan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Benang jangan putus tepung jangan terserak
Berhati-hati
bila
menyelesaikan
masalah
rumit
supaya semua selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
11
12
13
14
15
[16]
17
18
19
20
[c] 2021 Petak Ajaib PLT