Bahasa Rakyat
Add
Guna-guna alu; sesudah menumbuk dicampakkan
Digunakan ketika perlu; sesudah
itu
ditinggalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sabar penghilang penat tekun pembawa dekat
Sesuatu
pekerjaan
itu
akan
berjaya
juga
akhirnya jika dilakukan dengan tekun dan
sabar.
;
Orang
yang
bekerja
sabar
tidak
merasa penat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ombak membanting diri
Sia-sia marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gulai sedap nasi mentah; nasi sedap gulai mentah
Tidak
ada
yang
sempurna. ;
Sesuatu
perbuatan
atau
perkataan
tiada bersampaian.
;Pendapatan
tidak
mencukupi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menjaga permata intan semasa di canai
Kasih sayang
yang
tidak
terhingga
terutama
seorang
suami
kepada isterinya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nan pekak pelepas bedil nan buta pengembus lesung nan bisu penggera ayam nan lumpuh penghuni rumah
Setiap
orang
ada
peranannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air dalam karang menonggok setanggi campur kemenyan gula tertumpah pada kanji
Usaha
yang
berhasil
dengan
baik
sekali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alah membeli menang memakai
Barang
yang
baik
itu
mahal
dan
tahan lama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melayuk-layuk bagai buntal ditiup
Mengada-ada
sebab
dipuji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sumbu pelita; membakar diri menerangi yang lain
Orang
yang
sentiasa
berkorban
untuk kepentingan
orang
lain
walaupun dirinya
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
10
11
12
13
14
[15]
16
17
18
19
[c] 2021 Petak Ajaib PLT