Bahasa Rakyat
Add
Siapa berani menggali lubang dialah yang terperosok ke dalamnya
Orang
yang suka
menjatuhkan
orang
lain
dialah akan
mendapat
bencana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan digenggam (seperti) bara rasa hangat dilepaskan
Sia-sia
membuat
sesuatu
pekerjaan
kerana
sebelum
siap telah
berhenti
merasa
susah
atau
penat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muka berpandangan budi berkedapatan (kasih bagai selama juga)
Kalau
kita
bercampur
dengan
orang
itu
baru mengetahui tabiatnya;
Perbuatan
jahat
yang dilakukan
seseorang
lain
sesungguhnya
diketahuinya tetapi
tidak
dihiraukannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana asam dengan garam
Persahabatan
yang
tidak
dapat dipisahkan; Lelaki dan perempuan walaupun tingal
berjauhan
kalau
ada
jodoh
tetap akan berkahwin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tepuk tangan sipengadun
Orang
yang lemah
dalam
kuasa
orang
kuat dapat dilakukan mengikut
sekehendak
hatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti orang berak di tengah jalan
Sindiran
kepada
orang
yang sangat
kemalu-maluan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat juara ada kalah menang
Bila
bertanding
tidak
semestinya
selalu menang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kebakaran janggut (Bagai orang terbakar janggut)
Tidak
tentu
arah;
Kebingungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilangan patah awak itulah pengimpitnya
Orang
yang
mendapat
celaka
kerana kesalahan sendiri
tidak
boleh
menyesal kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada orang bertepuk sebelah tangan
Tidak
mungkin
terjadi
apa-apa
kalau
dari
satu
pihak
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT